Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak
& bini, kawan-kawan, bisnes, orang tua kita, dan anda rasa 24
jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering dan dua
cawan kopi.
Seorang profesor dalam kelas sosiologi telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.
Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, profesor terus
mengeluarkan satu tin biskut yang besar dan kosong, dan terus
mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.
Kemudian, profesor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut
ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”
Profesor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam
tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang
pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.
Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin
biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan
mengatakan “Ya!”
Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak
pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah
semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di
dalam tin biskut itu.
Kemudian profesor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut
ini sudah penuh?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh
keyakinan!
Tiba-tiba, profesor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan
menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu.
Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.
“Sekarang..” kata profesor, dan anak-anak murid kembali fokus pada
profesor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah
seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling
penting seperti Tuhan, agama, keluarga, anak-anak, kesihatan, kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda
kehilangan benda-benda lain, semua ini sahaja yang akan tinggal, dan
hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal
seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus
melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara
kecil” kata profesor.
“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” profesor
menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun
bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau
anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil
sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang
lebih penting untuk anda..” beritahu profesor.
“Jadi..tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan
dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan
silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda
keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada
masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah.
Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup
anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang
lain tu semua pasir sahaja.”
Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”
Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia cuma nak
menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian,
pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”